Kelas Memasak Nasi Serai Bersama Pkk
21 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 20 Februari 2018, kelas memasak ini telah diadakan bertempat di Bengkel Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Kubu Gajah. Seramai 7 orang peserta telah menyertai kelas memasak ini dan kebanyakannya merupakan suri rumahtangga. Untuk kelas kali ini, resipi yang diajarkan ialah Nasi Serai bersama Rendang Ayam.
Kelas ini diajar oleh Puan Zainab binti Ahmad yang juga merupakan seorang guru bagi unit PKK Kemas. Selepas kelas, semua peserta dapat merasa masakan yang telah dimasak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: